Karya

Ibu kurindu
(Dedikasi buat bonda Hjh. Siti Zaharah Hj. Omar)

Jasa pengorbananmu tidak terbalas
Kasih sayangmu tidak terjangkau
Restumu jaminan syurgaku
Doamu didengar tanpa hijab

Ampunkan dosaku
Andai kupernah mengguris hatimu
Moga aku diberi kesempatan
Moga aku diberi peluang
Berbakti padamu dunia akhirat

Kau pelita kegelapan penyuluh hidupku
Kau obor pembakar semangatku

Rindu ini kian kali bertandang
Aku jadi terlalu rindu belaianmu
Aku rindu melihat wajah sucimu
Aku rindu mencium lembut pipimu
Aku rindu dan kepingin memelukmu
Aku jadi terlalu rindu kenangan bersamamu

Kesederhaanmu banyak mengajarku
Erti kehidupan

Nor Suzera Zahari - 14 Ogos 2012  

6.42 pagi (IPGKRM)
Tersiar di Dewan Siswa APRIL 2014



Tatkala Dinihari
(Dedikasi buat bapa angkat Almarhum Mahbub bin Haji Saad)

Tiba jua detik itu
Tatkala sakaratulmaut menjemputmu
Tenang jernih jasadmu

Dikau insan hebat!
Masih punya titipan
Anak syurga
Tiada sempadan
Masih punya doa
Sang ibu
Tanpa hijab

Dikau insan bertuah!
Kasih sayang Allah mengatasi segala
Jasamu akan kukenang
Diiring doa selagi hayat
Moga diringankan perhitunganmu
Penuh harap
Syurga abadi tempat bersemadi.

Nor Suzera Zahari
Taman Bukit Permai 2, KL

18 Oktober 2014












No comments:

Post a Comment